Melihat latar sosial Muhammad Yassin Maamor dan Membaca Puisi Ciptaan Beliau
Melihat latar sosial Muhammad Yassin Maamor dan Membaca Puisi Ciptaan Beliau
Dalam melihat perkembangan dunia puisi, elok rasanya ditoleh sebentar ke belakang
menatap jejak-jejak yang telah ditinggalkan oleh genre puisi, terutamanya di
peringkat awal perkembangan puisi. Sehingga hari ini penentuan tahun bermulanya
puisi masih kabur. Ali Haji Ahmad dalam kajiannya mengatakan bahawa `puisi
Melayu di Malaysia mengikut sepanjang pendidikan saya sehingga kini bermula
dalam tahun 1934 (1970). Sebaliknya Abd. Manaf bin Jaafar pula dalam kajiannya
menjelaskan bahawa besar kemungkinan tahun 1933 dianggap sebagai tahun
permulaan puisi Melayu moden (1970).
menatap jejak-jejak yang telah ditinggalkan oleh genre puisi, terutamanya di
peringkat awal perkembangan puisi. Sehingga hari ini penentuan tahun bermulanya
puisi masih kabur. Ali Haji Ahmad dalam kajiannya mengatakan bahawa `puisi
Melayu di Malaysia mengikut sepanjang pendidikan saya sehingga kini bermula
dalam tahun 1934 (1970). Sebaliknya Abd. Manaf bin Jaafar pula dalam kajiannya
menjelaskan bahawa besar kemungkinan tahun 1933 dianggap sebagai tahun
permulaan puisi Melayu moden (1970).
Latar Belakang
Pungguk atau nama sebenarnya Muhammad Yassin bin Maamur telah
dilahirkan 18 September 1910 di Brickfields, Kuala Lumpur. Sewaktu
berusia enam tahun, dia kehilangan ayah. Semenjak itu dia tinggal bersama ibu dan
abang-abangnya. Pada peringkat awal pendidikannya, Pungguk sering bertukar
sekolah kerana mengikut ibu dan abang-abangnya. Pada tahun 1928 beliau telah
lulus darjah 5 dengan mem-peroleh kelulusan yang terbaik bagi seluruh negeri
Selangor.
***Dari tahun 1929 hingga 1931 Pungguk telah menyambung
pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim.
Sewaktu berada di maktab inilah beliau telah berkenal rapat dengan
penulis-penulis yang sedang menuntut di MPSI pada waktu itu seperti
Abdullah Sidek dan Ibrahim Haji Yaakob. Beliau gemar membaca
akhbar, majalah serta buku-buku, baik di dalam negeri mahu pun dari
Indonesia. Di maktab inilah juga muncul hasrat Pungguk untuk menjadi
pengarang.
Sesudah lulus dari MPSI, Pungguk mengajar di beberapa buah sekolah seperti
Sekolah Melayu Kampung Baru, Kuala Lumpur, Sekolah Melayu Beranang, Sekolah
Melayu Beranang Hill; Sekolah Melayu Banting, Kuala Langat dan Sekolah Melayu
Tanjung Karang iaitu dari tahun 1932 hinggalah 1956. Mulai tahun 1958 hingga
tahun 1965, Pungguk telah dilantik sebagai guru pelawat Sekolah-sekolah Melayu
Da-erah Ulu Langat. Di samping menjadi guru, Pungguk juga menjadi
pengarang Majalah Guru pada tahun 1932. Pada tahun 1934, beliau telah
menjadi ketua pengarang Majalah Guru.
Minat Pungguk terhadap dunia penulisan telah bermula sejak menuntut
di MPSI lagi. Penulisannya meliputi pelbagai genre seperti puisi, cerpen, rencana,
dan cerita-cerita bersiri yang tersiar dalam Majalah Guru dan Aklabar Majlis.
Pembicaraan tema dan persoalan dalam karya-karya beliau, terutama dalam cerpen
dan novel berkisar di sekitar cinta dan kahwin paksa, moral dan pengaruh moden,
kisah biasa dalam masyarakat dan soal politik, ekonomi dan nasionalisme orang
Melayu (1988: 493).
di MPSI lagi. Penulisannya meliputi pelbagai genre seperti puisi, cerpen, rencana,
dan cerita-cerita bersiri yang tersiar dalam Majalah Guru dan Aklabar Majlis.
Pembicaraan tema dan persoalan dalam karya-karya beliau, terutama dalam cerpen
dan novel berkisar di sekitar cinta dan kahwin paksa, moral dan pengaruh moden,
kisah biasa dalam masyarakat dan soal politik, ekonomi dan nasionalisme orang
Melayu (1988: 493).
Beliau telah menggunakan berbagai-bagai nama samaran selain
daripada Pungguk dalam dunia penulisan. Antaranya, Keris Melayu,
Malim Deman, Pengarang, Pensel Biru, Pujangga, dan Tanah Emas.
Pelopor puisi Melayu Moden
Meskipun penulisannya meliputi pelbagai genre, namun signifikannya
penulis ini ialah kerana beliau dimartabatkan sebagai pelopor puisi
Melayu moden. Hampir semua peneliti bersetuju dengan hakikat itu. Menurut
Usman Awang dan Ismail Ahmad :
"Majalah yang mempelopori penyairan sajak Melayu baru ini ialah
Majalah Guru dan, penyair yang dianggap mempelopori penulisan puisi
moden ini ialah Punggok. Ia bertindak sebagai penyambung di antara
puisi lama dengan puisi baru. Ia tidak menolak bentuk lama. Ia sekadar
menggunakan fungsi pembayang sebuah pantun dan dengan demikian
Pungguklah yang merentangkan titian penyeberangan penulisan pantun
Majalah Guru dan, penyair yang dianggap mempelopori penulisan puisi
moden ini ialah Punggok. Ia bertindak sebagai penyambung di antara
puisi lama dengan puisi baru. Ia tidak menolak bentuk lama. Ia sekadar
menggunakan fungsi pembayang sebuah pantun dan dengan demikian
Pungguklah yang merentangkan titian penyeberangan penulisan pantun
ke tebing penulisan" (1981: 2).
Pungguk
dan Puisi
Jumlah
Puisi
Sepanjang
penglibatannya di dalam dunia puisi, Pungguk
telah menghasilkan sebanyak dua puluh buah puisi. Walaupun secara relatif,
jumlah ini tidaklah banyak sebagaimana yang hasilkan oleh penyair-penyair
kemudian namun sumbangannya kepada dunia
puisi khususnya dan dunia kesusasteraan Melayu umumnya amat bermakna dan
berharga. Ini kerana beliaulah yang telah mempelopor tradisi penulisan puisi
Melayu moden di Malaysia.
Sebanyak
lima buah puisi terawal telah disiarkan dalam Majalah Guru pada bulan Mac tahun
1934 iaitu, `Keluh-kesah',’Selalu Merayu’, `Tak Disangka-sangka', ‘Pujukan
Hati', dan ‘Ibuku’ selain dari puisi pertamanya bertajuk "Di Tengah
Segara" (bermaksud ditengah lautan
)yang tersiar pada tahun 1933. Ini diikuti dengan puisi-puisi beliau yang lain.
Tema
dan Persoalan dalam Puisi
Sesuai
dengan hakikat bahawa puisi tidak pernah lahir dari vacum maka puisi-puisi nukilannya juga merupakan rakaman pernyataan kehidupan
penyairnya. Pungguk mengungkapkan segala perasaan, fikiran, sikap, pengalaman
serta khayalan dalam puisi-puisi cipataannya. Sebagai salah seorang ahli
dalam masyarakatnya, juga sebagai
seorang guru, Pungguk merakamkan segala pengalaman yang dilihat dan dialami
dalam kehidupan itu dalam puisi-puisi ciptaannya. Kepincangan dan penderitaan yang dialami oleh bangsanya mendapat
perhatian besar daripada Pungguk melalui
puisinya Di Tengah Segara.
Persoalan kemanusiaan juga turut disentuh
oleh penyair dalam puisi-puisinya. Latar belakang hidupnya yang kematian ayah
telah mendekatkan penyair kepada ibunya.
Wahai
ibuku wahai bondaku
Mengapa
tak tidur mengapa dukacita?
Malam
siang panas dan sejuk.
Ayuhai
anakku, ayuhai puteraku!
Mendidik
kau terang dan gelita
Puas
dinyanyi jemu dipujuk.
Hai
Azab bonda mengasuh beta
Makan
minum sekalian dicega
Menyelamatkan
anak ‘kan jadi manusia
Itulah
ibu terus berkata:
Lindungan
ibu sebagai mega
Lelahan
ibu hilang upaya.
Ibu,
ibu Makhota negeri
Besumpahlah
anakanda dalam dunia
Membela
pelihara akan bondaku.
Anakanda,
anakanda mastika puri
Selamatlah
engkau dalam bahagia
Siratkan
niatmu sebagai biku.
Oh
ibuku
(Majalah
Guru, Mac 1934.)
*mega= awan, mendung awan yang mengandungi hujan, Terlalu besar atau
hebat.
Persoalan cinta kepada insan yang bukan
sejenis (cinta muda mudi) dengannya juga turut terpancar dalam puisi-puisi
ciptaannya pada waktu itu. Ini sesuai dengan umur penyair pada masa itu yang
berada di dalam lingkungan 20-an. Perasaan
cinta yang kian kuat menggugahnya itu cuba ditahan dan dipujuknya agar tidak
menurut nafsu. Ini dinyatakan oleh penyair dalam sajaknya:
Tenang,
hatiku tenang! Tahankan tangis ratapmu,
Istimewa
keluh kesahmu,
Membuat
akalku tenggelam berenang.
Bersih
otakku bersih!
Usah
dimimpi yang jauh masih,
Walau
pun kata oh ... kasih!
Rosak
jantungku pertemuan selisih.
(Majalah
Guru, 1934)
Pungguk juga turut mengabadikan persoalan
yang berkisar di sekitar peribadinya dalam puisi-puisi ciptaan beliau terutama
tentang kehidupan rumah tangganya yang semakin goyah.
Oh
Tuhan ..,!
Anugerahilah
cintamu
Ke
dalam sanubari segenap ronggaku
Sudah
bertahun aku tersemu
Sesak
nafas lidahku kelu
Oh
Tuhan ...!
Siramlah
rahmatmu
Ke
liang jantung segala hatiku
Ku
sambut dengan suka hati
Ku
pelihara ... cinta berahi
( “Oh
Tuhan”, Majalah Guru, Julai 1936)
Selain persoalan tentang cinta dan kasih
sayang terhadap sesama manusia, penyair juga mengungkapkan rasa kekagumannya
terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan. Keindahan alam ciptaan Tuhan
itu dibandingkan pula dengan seorang gadis cantik :
Indahnya
alam dijadikan Allah
Sungai
laut asyik terdedah
Bukit
gunung tinggi dan rendah
Mergastua
unggas dan manusia
Kayu
kayan rumput rampai
Hijau
kuning biru terampai
Udara
angin berkisar bersepai
Manusia
pahit tawar nikmat.
(“Indahnya”,
Majalah Guru. Ogos, 1936.)
***Mergastua
= Binatang-binatang di hutan.
Persoalan
tentang nasionalisme digarap oleh penyair dalam puisinya
MERDEKA
... MERDEKA ... MERDEKA
Berkorban
dengan harta dan kekayaan
Berkorban
dengan hati dan perasaan
Berkorbanlah
dengan jiwa dan kematian
446
tahun mendung hitam diangkara
matahari
gelap disaput mega
mendayu-dayu
ombak di Selat Melaka
tergendong
Gunung Tahan walau tinggi
kekeringan
muara air tak memenuhi
malang
sial hamba Tanah Melayu diratapi
Oh
... jadi hamba ditindasi…
(
“Merdeka ... Merdeka ... Merdeka Bingkisan Merdeka, 1957)
Gaya
Perpuisian Pungguk
Kedua-dua pengaruh, tradisi dan
moden sama-sama mewarnai puisi-puisi ciptaan Pungguk. Puisi-puisi Pungguk
menjadi garis pemisah antara puisi Melayu lama dan puisi Melayu moden.
Namun begitu pengaruh tradisi
masih menjelma dalam puisi-puisi ciptaannya. Paduan antara warisan tradisi
dengan pengaruh moden jelas menjadi citra puisi-puisi Punggk.
Dari
segi pengaruh tradisinya, puisi-puisi Pungguk masih
memperlihatkan kesan pengaruh pantun dan syair. Ini antaranya dapat
dilihat pada aspek rima dan bentuk serta bahasa.
Waktu senja burung terbang
Waktu adinda bersedih cita
Hancur dan lebur di kalbu abang
Sedihkan adik panah dewata
Waktu
dinihari malam yang sunyi
Waktu
kanak-kanak kehilangan ibu
Abang
meratap berbagai bunyi
Merindukan
adik bernyala di kalbu.
(“Waktu
Senjakala”, Majalah Guru, Julai 1935.)
Cuma bezanya dalam pantun,
dua baris teratas sebagai pembayang dan dua baris berikut sebagai maksud,
sedangkan dalam puisi di atas keseluruhan barisnya membawakan maksud.
Struktur
binaan yang sama juga turut terdapat dalam puisi berikut:
Termenung
aku di pantai berida
Memandang
ombak menderu-deru
Jantungku
sedih mengenang adinda
Cintaku
terkobar darahku terharu
(Adindaku
Sayang, Majalah Guru, Julai 1936)
***Berida=tua
Unsur-unsur
menonjol dalam puisi-puisi ciptaan Pungguk.
Ternyata Pungguk cuba memberikan kelainan
dalam puisi-puisinya dengan melarikan diri daripada pengaruh tradisi yang
sekian lama membelenggu dirinya.
Justeru
itu dapatlah dilihat kelainan dalam puisi-puisi Pungguk khususnya dan sudut
rima hujung dan struktur binaannya. Ini misalnya dapat dilihat dalam petikan
puisi berikut:
Ayuhai
rindunya Wahai sedihnya
Beta
tanggungkan
Hati
yang sayu
Kalbu
yang pilu
Daku tangisku...
daku angankan...!
“Selalu
Merayu”, Majalah Guru, Mac 1934.
Berdasarkan puisi di atas,
dapat dilihat bahwa rima hujnngnya tidak lagi sama seperti pantun dan syair
sebaliknya bebas. Begitu juga dengan struktur binaannya yang tidak lagi tenikat
kepada struktur binaan puisi-puisi Melayu tradisional.
Demikian juga dengan puisi di bawah ini:
Indahnya
alam dijadikan Allah
Sungai
laut asyik terdedah
Bukit
gunung tinggi dan rendah
Mergastua
unggas dan manusia
Kayu
kayan rumput rampai
Hijau
kuning biru terampai
Udara
angin berkisar bersepai
Manusia
pahit tawar nikmati.
(“Indahnya”,
Malalah Guru, Ogos 1936)
Puisi di atas jelas sudah lari daripada
ikatan tradisi baik dan segi rimanya mahupun dan sudut bentuknya. Berhubung
aspek bahasa dalam puisi-puisi ciptaan Pungguk pula jelas terlihat bahawa
kedua-dua pengaruh, tradisi dan moden mewarnai penciptaan puisi-puisinya.
Dari Aspek Bahasa
Penggunaan bahasa arkaik (arkaik
bermaksud kuno, sudah ketinggalan zaman/ sudah tidak lazim dipakai lagi) masih
ditemui dalam puisi-puisi Pungguk. Antaranya ditemui perkataan
seperti dewata (“Waktu Senjakala”),
berida, berpuput, berperi, tertera, dan walang (“Adindaku Sayang”), Selain
itu puisi-puisi Pungguk juga banyak
menampilkan perkataan-perkataan dengan unsur alam sebagaimana yang ketara
ditemui dalam pantun. Antaranya ialah
ombak menderu-deru, waktu senja, bayu berpuput (“Adindaku Sayang”), mendung
hitam di kaki langit dan sang suria di angkasa tinggi (“Merdeka ... Merdeka ...
Merdeka”). Penampilan
perkataan-perkataan berkaitan dengan unsur alam sedemikian menurut kelazimannya
sering ditemui dalam pantun. Ternyata penyair masih terbawa-bawa dengan
pengaruh puisi tradisi dalam proses penciptaan puisinya.
keseluruhannya pelaksanaan bahasa dalam
puisi-puisi Pungguk ternyata memperlihatkan pengaruh moden dari segi pemilihan
perkataan yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian di samping penggunaan
bahasa yang baru, khususnya dan segi penerapan bahasa kiasan, perlambangan,
bahasa perbandingan dan sebagainya sesuai dengan hakikat penyair sebagai
pemakai bahasa yang sentiasa memperbaharuinya.
Selepas 67 tahun (dengan mengambil kira
tahun 1933 sebagai tahun mula-mula puisi Melayu moden pertama dihasilkan),
puisi Melayu moden telah mengalami perkembangan yang cukup pesat dan
mengagumkan melewati pelbagai tahap dalam sejarah perkembangan kesusasteraan
Melayu secara umumnya. Sepanjang tempoh itu juga, puisi telah
mengalami peningkatan baik dari segi bilangan penyair mahu pun jumlah puisi itu
sendiri. Begitu juga dengan mutu penghasilan puisi. Tambahan pula pengiktirafan
kerajaan kepada genre puisi terlihat jelas melalui berbagai-bagai hadiah dan
anugerah. Semoga alaf baru akan terus
membeni sinar indah kepada genre puisi. Dan tentunya nama Pungguk atau Muhammad Yassin Maamur akan sentiasa terpahat kukuh
dalam liparan sejarah dunia kesusasreraan Melayu sebagai pelopor puisi Melayu
moden. (Dewan
Sastera, Mac 2000)
Puisi-Puisi
Pungguk
Keluh
Kesah
Pungguk
Waktu
senja burung terbang
waktu
adinda bersedih cita
hancur
dan lebur di kalbu abang
sedihkan
adik panah dewata
Waktu
dinihari malam yang sunyi
waktu
kanak-kanak kehilangan ibu
abang
meratap berbagai bunyi
merindukan
adik bernyala di hati
Waktu
subuh menyingsing di angkasa
waktu
tabuh bersahut-sahutan
abang
termimpi berbagai rasa
adik
disangka hanyut di lautan
Waktu
labut menyambut siang
waktu
makhluk bangun bekerja
abang
terlalai waktu sembahyang
asyikkan
adinda intan durja
1934
***Dewata=
Dewa, Sang yang berkuasa




Comments
Post a Comment